Rabu, 07 Agustus 2013

Menyambut 'Idul Fitri 2013


Hi guys… Setelah sebulan kita berpuasa, tentu kita ga ingin lupain momen bersejarah di tahun 2013 yakni salah satunya saat menyambut Idul Fitri, yaumul Mubarak… Berikut cara terbaik kita menyambut `Idul-fitri? …. Selamat membaca J

1. Bertakbir
Allah SWT berfirman:
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan bertakbir atau membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
(Surah al-Baqarah, 2:185)
Disunnatkan bertakbir pada malam hari raya sampai Imam datang untuk memulakan solat sunnat `idulfitri pada hari raya.

2. Mandi, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang terbaik.

Rasulullah SAW diriwayatkan memakai pakaian yang paling cantik ketika Hari Raya. Malah Baginda mempunyai pakaian khusus untuk dipakai pada hari Jumat dan Hari Raya. Walaupun, wanita tidak dibenarkan untuk memakai wangi-wangian dan berhias apabila keluar dari rumah bagi mengelakkan fitnah.

3. Makan dahulu sebelum solat `idulfitri.
Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w tidak keluar pada hari `idul-fitri sehingga Baginda makan beberapa biji tamar (dan Baginda makan dalam jumlah yang ganjil)”
(HR al-Bukhari)

4. Berjalan kaki ke tempat solat.
Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w keluar untuk menunaikan solat sunnat Hari Raya dalam keadaan berjalan dan pulang dalam keadaan berjalan.”
(HR Ibnu Majah. Dikategorikan hasan oleh al-Albani)

5. Ikut serta wanita dan anak-anak.
Ummu `Atthiyyah berkata:
“Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita haid pada kedua-dua Hari Raya (Yaitu `idul-Fitri dan `idul-Adha) agar mereka menyaksikan kebaikan pada hari itu, juga doa dari kaum Muslimin. Hanya sahaja supaya wanita-wanita yang haid menjauhi tempat solat.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

6. Mengerjakan solat `idulfitri.
Hukum mengerjakan solat `idul-fitri ialah sunnat muakkad.

7. Mendengar khutbah Hari Raya.

8. Pulang dari solat Hari Raya dengan menggunakan jalan yang berbeda.
Apabila pulang dari solat `idul-Fitri, disunnatkan kita menggunakan jalan yang berbeda dari jalan yang digunakan untuk ke tempat solat. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

9. Mengucapkan tahniah
Terdapat riwayat yang menceritakan bahawa para sahabat ra. saling memberikan ucapan:
“TaqabbalAllahu minna wa minkum” yang bermaksud “Semoga ALLAH menerima dari kami dan kalian”
Ucapan tertentu juga dibolehkan. Selama tidak membawa dosa.
Sumber: annaimah.blogspot.com